KUALA LUMPUR: Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) naik tiga peratus kepada RM15.16 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 daripada RM14.77 bilion yang dicatatkan dalam suku tahun yang sama pada 2022.
KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, jumlah tersebut selepas mengambil kira turun nilai kos atas ekuiti tersenarai yang direkodkan untuk suku tersebut.
Menurutnya pada suku yang dikaji, pendapatan daripada ekuiti meningkat kepada RM8.96 bilion, selepas mengambil kira turun nilai kos, berbanding RM8.75 bilion yang dicatatkan pada suku pertama 2022.
Katanya kelas aset ini kekal sebagai penyumbang pendapatan tertinggi pada 59 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan.
"Turun nilai kos bagi suku pertama 2023 adalah secara relatifnya minima pada RM0.44 juta berbanding RM1.09 bilion yang dicatatkan pada suku sama 2022, hasil daripada pengurusan portfolio aktif oleh pengurus dana KWSP.
"Turun nilai kos atas ekuiti tersenarai adalah polisi dalaman yang diamalkan oleh KWSP terhadap pelaburan ekuiti tersenarainya sebagai langkah berhemah untuk memastikan portfolionya kekal sihat," katanya.
KWSP berkata instrumen pendapatan tetap, yang berfungsi sebagai pengekalan modal, telah menjadi tunjang kepada KWSP dan terus memberikan aliran pendapatan yang stabil, di samping mengurangkan kesan daripada ketidaktentuan pasaran jangka pendek dan memberikan kestabilan kepada pendapatan keseluruhan KWSP.
Kelas aset ini, yang terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf (MGS) serta pinjaman dan bon, menyumbang 32 peratus atau RM4.79 bilion kepada pendapatan pelaburan kasar bagi suku pertama 2023.
"Kedua-dua MGS dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) meningkat pada suku tahun tersebut berikutan hasil penanda aras keseluruhan telah merosot dengan jangkaan inflasi yang berkurangan di Amerika Syarikat, seterusnya memberikan peluang kepada KWSP untuk memanfaatkan keuntungan pelaburan," katanya.
Sementara itu, hartanah dan infrastruktur mencatatkan peningkatan dalam pendapatan kepada RM920 juta pada suku pertama 2023.
Pendapatan daripada instrumen pasaran wang turut meningkat kepada RM490 juta daripada RM280 juta pada suku pertama 2022, sejajar dengan jangkaan pulangan yang ditetapkan untuk kelas aset ini.
Menurut KWSP, aset pelaburan keseluruhannya setakat Mac 2023 meningkat kepada RM1.04 trilion, dengan pelaburan luar negara menyumbang 37 peratus daripada keseluruhan jumlah aset.
"Pelaburan luar negara KWSP, yang sebahagian besarnya dalam ekuiti, terus mengatasi prestasi dan menambah nilai kepada pulangan keseluruhan KWSP, seterusnya menjana pendapatan RM7.04 bilion, mewakili 46 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan yang direkodkan," katanya.
KWSP berkata pelaburan domestik KWSP menyumbang 63 peratus daripada jumlah aset, dilaburkan terutamanya dalam instrumen Berpendapatan Tetap Dipegang Hingga Matang yang terus memberikan kestabilan pendapatan jangka panjang melalui pendapatan faedah.
Menurut KWSP, pihaknya kekal komited untuk menyokong dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, dengan terus memperuntukkan lebih 70 peratus daripada peruntukan tahunan pelaburan baharunya kepada pasaran domestik.
"Sebanyak RM13.33 bilion daripada RM15.16 bilion pendapatan pelaburan dijana untuk Simpanan Konvensional dan RM1.83 bilion untuk Simpanan Shariah," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata walaupun KWSP mencatatkan pulangan positif setakat tahun ini, keadaan pasaran kewangan masih tidak menentu, dengan ketegangan geopolitik dan inflasi yang tinggi terus menjadi kebimbangan bagi pasaran utama di seluruh dunia.
Sebagai tindak balas kepada situasi ini, beliau berkata KWSP telah menumpukan strategi portfolionya ke arah syarikat yang berdaya tahan dan mempunyai asas kukuh yang membolehkannya untuk memberikan dividen yang stabil.
Amir Hamzah berkata adalah penting bagi KWSP untuk mempertimbangkan dinamik pasaran dengan lebih meluas bagi meningkatkan prospeknya untuk memberikan dividen yang konsisten kepada ahli.
"Suku tahun seterusnya akan menyaksikan KWSP memberi tumpuan kepada industri dan sektor yang dijangka pulih selepas tiga tahun pandemik, yang akan meningkatkan permintaan buruh," katanya.
Menurutnya memandangkan Malaysia terus meningkatkan usaha pemulihan ekonominya, KWSP melihat peningkatan yang stabil dalam kadar penyertaan tenaga buruh Malaysia yang akan mewujudkan asas kukuh untuk mengekalkan perbelanjaan pengguna dan pembangunan ekonomi.
"Data keahlian KWSP, yang menunjukkan peningkatan berterusan bilangan ahli dan majikan yang mendaftar dengan KWSP, menyokong tanggapan bahawa permintaan buruh di negara ini sememangnya bertambah baik," kata beliau.
Sehingga Mac 2023, KWSP merekodkan pendaftaran ahli baharu sebanyak 116,423, menjadikan jumlah ahli KWSP seramai 15.79 juta.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8.45 juta adalah ahli aktif, yang kini mewakili 50 peratus daripada 16.81 juta tenaga buruh Malaysia.
Pendaftaran majikan baharu juga menunjukkan pertumbuhan kukuh sebanyak 24,281 dalam tempoh tersebut, menjadikan jumlah majikan yang berdaftar dengan KWSP kepada 595,730.
Jumlah caruman yang diterima meningkat daripada RM21.55 bilion pada suku pertama 2022 kepada RM25.83 bilion pada suku pertama 2023, caruman suku tahunan tertinggi setakat ini yang melepasi angka pra-pandemik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023
KWSP berkata, kekal komited untuk menyokong dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, dengan terus memperuntukkan lebih 70 peratus daripada peruntukan tahunan pelaburan baharunya kepada pasaran domestik. - Gambar fail
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Resit tular: Polis rekod keterangan lapan individu
Polis telah merekodkan keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kes resit yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penduduk terkejut, bimbang
Penduduk kampung Afiq Ibrahim, 19, bimbang dengan kejadian terbabit yang pertama kali berlaku dan mahu kawalan keselamatan dipertingkatkan.
Impak lawatan PM kepada perdagangan, pelaburan Malaysia
Temu bual bersama Pengarah Urusan CSQ International Consulting, Shamsul Qamar Abd Rani dalam melihat kepada impak perdagangan dan pelaburan Malaysia susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penolong pegawai mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu, salah guna harta
Seorang penolong pegawai Jabatan Perangkaan Negeri Melaka berhadapan enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menyalahgunakan harta.
Pantau Agenda Reformasi: Apa kedudukan 6 MP & 1 ADUN Bersatu?
Saya ingin bersama dengan Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik, Universiti Malaya
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Konsortium diterajui Khazanah, KWSP umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam MAHB.
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup
Ramai pencarum datang ke kaunter bagi mengemas kini nombor telefon bimbit untuk urusan kod pengesahan transaksi (TAC) selain membuat pertanyaan lanjut prosedur akaun ketiga.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.
Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB
Maybank IB tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.
Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.